Monday, November 17, 2014

Nak Tau Tahap Kesihatan Sebenar Anda?




Badan kita melakukan proses sendiri tanpa kawalan kita bagi mengimbangi kesihatan. Contoh paling mudah adalah sekiranya kita berasa panas, maka peluh akan secara automatik akan keluar untuk menyejukkan badan.

Sungguh ajaib bila mendapati bahawa terdapat cara kita nak pastikan tahap kesihatan badan kita hanya berdasarkan kepada ukuran badan kita sahaja.

Ukuran badan ini kita juga boleh memberitahu kita sama ada anda betul-betul sihat atau tak dengan hanya mengukur nisbah saiz badan anda. Nisbah ini adalah berdasarkan kepada formula 'waist-to-hip ratio' atau nisbah ukuran pinggang dan punggung.

Nisbah ini tidak mengira sama ada anda kurus atau berisi kerana ianya hanya berdasarkan nisbah 2 ukuran tersebut.

Jangan takut ye, kerana ianya merupakan satu langkah penting untuk anda mengenalpasti tahap kesihatan anda. kalau tak tau lagi teruk kan.

Anda dah bersedia? Ambil tali pengukur dan cuba buat langkah di bawah:


Cara-caranya ialah:
1. Menggunakan pita pengukur, ukur pinggang dan punggung anda dalam unit inci.(1 inci= 2.5cm).
2. Bahagikan ukuran pinggang dengan ukuran punggung.(eg; 27 inci(pinggang) bahagi 38 inci(punggung))

Cuba masukkan ukuran anda tadi ke dalam ruangan berikut:




Nisbah result:
1. kurang 0.8: low-risk category bagi masalah jantung atau penyakit kencing manis.
2. 0.81 – 0.85: moderate category; perlu berhati2 dan menjaga pemakanan.
3. Lebih 0.85: high risk category; sila consult dengan pakar untuk perhatian yang lebih lanjut kerana anda adalah berisiko tinggi.

So, anda dalam kategori mana ye? Sekiranya anda dalam kategori ketiga, sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment