Monday, November 10, 2014

5 Tips Berkesan Untuk Kuruskan Badan Tanpa Ubat



Selamat Sejahtera semua,

Apa khabar?

Hari ni saya nak share tips kuruskan badan yang saya dapat dari website Kevin Zahari.

Teruja dengan salah seorang pengikut Keven Zahari bernama Farihan yang mana beliau berazam untuk kurus tanpa ubat.

Atas kesungguhan beliau, Farihan mengumpulkan maklumat dan berazam untuk kurus seperti orang lain.

Hasilnya, beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 42KG dalam setahun.

Ini maksudnya, anda nak dan anda pasti akan dapat.



Berikut adalah 5 tips untuk kuruskan badan tanpa ubat yang diamalkan oleh Farihan. Mungkin berguna untuk anda.


1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan makanan bergula, bergaram, berminyak, makanan bersodium tinggi, fast food (mcd, kfc dan macam-macam lagi) serta processed food
2. makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat. Lebihkan sayuran. Pastikan nasi hanya segenggam sahaja
3. Makan makanan dari sumber-sumber semulajadi seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan juga buah-buahan
4. Air manis seperti air bergas, dan berkarbonat juga harus dielakkan malah jangan minum terus. Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari
5. kalau rasa nak mengunyah, boleh ambil kekacang kerana ianya sumber lemak yang baik (jangan lebih 12 biji ye)


Antara nasihat beliau:
1. 80% adalah dari hasil control makanan dan 20% lagi adalah senaman untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak
2. Banyakkan membaca tentang kisah motivasi mereka-mereka yang telah berjaya untuk kuruskan badan dan mendapatkan berat badan idaman. Ianya untuk meningkatkan momentum semangat anda
3. Rajin bertanya di forum-forum, facebook dan ruangan health untuk menuntut ilmu agar anda faham apa yang bakal anda buat.
4. Sabar, Sabar dan sabar. Kita gemuk bertahun-tahun tapi nak kurus dalam masa seminggu. Logik ke?
5. Jangan terlalu paksa badan anda. Apabila dipaksa maka akan stress. Kalau stress maka proses akan terganggu.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment